Saturday, September 18, 2010

Trend Periklanan Masakini


Pengiklanan merupakan elemen yang penting dan paling berkesan bagi memperkenalkan ataupun mempromosi sesuatu barangan  ataupun perkhidmatan dan sebagainya.  Pengiklanan bermaksud komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran, barangan , perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenalpasti dan dilakukan melalui pelbagai media seperti akhbar, radio, televisyen, majalah ,papan iklan dan sebagainya. Kebiasanya periklanan ditaja oleh badan-badan perniagaan atau syarikat yang mencari keuntungan. Sejak dari awal iklan digunakan, terdapat pelbagai trend-trend pengiklanan yang telah digunakan dan sentiasa berubah mengikut mengikut peredaran zaman.

Antara trend-trend pengiklanan pada masakini ialah untuk menjadikan iklan itu kurang bersifat 'advertorial'. Kecenderungan pengiklanan sekarang ialah bergerak keluar daripada iklan totok atau tradisional, kepada filem wayang atau televisyen yang menggunakan produk yang disasarkan itu. Melalui trend pengiklanan ini,  penaja akan menaja produk mereka untuk digunakan di dalam sesebuah filem wayang atau televisyen dengan memaparkan kegunaan dan kelebihan produk mereka. Contohnya, filem sains fiksyen robot kereta,’ The Transformers’ dikatakan hampir ditaja sepenuhnya oleh General Motors (GM). Ia diakui sendiri oleh Naib Presiden Pemasaran dan Pengiklanan GM Amerika Utara, Mike Jackson. Beliau memberitahu bahawa filem ‘Transformers’ adalah projek penting dan memberikan mereka platform global untuk memasarkan produk GM dan membina jenama mereka di mata dunia. Ternyata trend ini dapat memberikan pulangan yang besar kepada penajanya.

Trend pengiklanan masakini juga adalah menggetengahkan hanya idea yang kreatif di dalam penghasilan iklan. Iklan yang ingin disampaikan dan disebarkan kepada orang ramai mestilah bermutu dan mempunyai x faktor yang boleh memalingkan perhatian orang ramai kepada sesuatu barangan ataupun perkhidmatan. Contohnya trend pengiklanan syarikat telekomunikasi DIGI. Ternyata DIGI mengunggulinya berbanding dengan syariakt telekomunikasi yang lain. Produksi pengiklanan DIGI sememangnya kreatif di dalam penghasilan iklan mereka dan memang terbukti kebanyankan iklan DIGI yang ditayangkan dikaca televisyen , majalah, surat khabar dan sebagainya sudah banyak menambat dan mencuit hati penonton sekaligus menambahkan lagi keuntungan syarikat telekomunikasi tersebut.

Selain itu, antara trend pengiklanan masakini yang lain ialah mempunyai nilai estatika yang tersendiri. Iklan-iklan yang dipaparkan pada masakini mempunyai nilai-nilai estatika yang tersendiri dan mampu mempengaruhi pemikiran orang ramai yang menontot ataupun membaca iklan-iklan tersebut dengan cepat dan mudah. Iklan-iklan tersebut bukan hanya sekadar memaparkan iklan yang berbentuk komersial semata-mata. Dengan teknologi yang kian canggih, tidak salah untuk mengoptimakan penggunaannya untuk memberikan suatu kelainan atau citarasa yang terbaru buat penonton namun tidak membiarkan iklan tersebut terus kaku.

Penggunaan teknologi moden juga merupakan trend pengiklanan masakini. Kebanyakan syarikat pengiklanan berlumba-lumba untuk menggunakan peralatan yang canggih bagi menghasilkan iklan-iklan yang lebih menarik dan berkesan untuk menarik penaja-penaja mendapatkan khidmat periklanan mereka. Dengan menggunakan teknologi tinggi ini juga akan menambah keyakinan pengguna untuk memiliki dan menggunakan produk atau perkhidmatan yang diiklankan.

Selain itu, trend pengiklanan pada masa kini adalah kebanyakkan penaja menggunakan perkhidmatan  celebrity-celebrity yang popular seperti pelakon, penyanyi, ahli sukan dan sebagainya yang dikenali oleh masyarakat umum dalam iklan produk atau perkhidmatan   mereka. Mereka menggunakan kekuasaan dan pengaruh kepopularitian celebrity-celebrity tersebut untuk memperkenalkan lagi produk dan perkhidmatan mereka. Penaja biasanya mengiklanakan produk mereka melalui celebrity menggunakan produk atau perkhidmatan mereka. Secara tidak langsung masyarakat akan terpengaruh untuk memiliki produk ataupun menggunakan perkhidmatan tersebut kerana terpengaruh dengan celebrity-celebrity yang biasanya dianggap hebat.

Pengiklanan pada masakini juga adalah menggunakan trend pengiklanan secara dalam talian iaitu melalui laman-laman web. Dengan jumlah penggunaan dan capaian internet yang semakin banyak dan baik periklanan melalui laman-laman web adalah merupakan trend periklanan yang semakin popular dan meluas. Antara sebab-sebab periklanan melalui laman web adalah semakin popular ialah kerana ia adalah merupakan cara pengiklanan yang murah , mudah untuk digunakan , serta cepat untuk disampaikan kepada masyarakat umum keranan penggunaan internet adalah meluas pada masakini. Contoh pengiklanan melalui talian ialah melalui aplikasi carian di laman web, iklan-iklan dalam laman web, dalam laman sosial dan sebagainya.

Kesimpulannya, peredaran trend-trend pengiklanan adalah berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan kecanggihan dunia pada masakini. Penaja-penaja periklanan akan memastikan iklan-iklan untuk produk dan perkhidmatan mereka dikenali dan masyarakat dapat membezakan daripada yang lain. Iklan itu juga perlulah dapat menggalakan  pengguna untuk mencuba keluaran mereka dan mencadangkan penggunaan ulangan. Ia juga adalah untuk membina keutamaan dan kesetian pengguna  kepada jenama tidak kira la mengikut tend pengiklanan apa sekalipun.

No comments:

Post a Comment