Saturday, September 18, 2010

Pengenalan Kepada Periklanan

PENDAHULUAN

Periklanan adalah suatu bentuk komunikasi kepada pengguna yang menggandunggi sifat-sifat memujuk terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Perkataan iklan berasal daripada perkataan Arab I’lan yang bermaksud “khabar yang disiarkan’ manakala dalam bahasa Inggeris pula perkataan advertising dipinjam daripada perkataan Latin advertere yang bermaksud ‘memaling fikiran kepada’ sesuatu perkara

Pada dasarnya iklan telah ada sejak zaman purba lagi contohnya lukisan-lukisan di dinding-dinding kota kuno atau bentuk-bentuk barang yang mengandungi unsur ajakan terhadap sesuatu benda seperti makanan dan sebagainya.

 Pengertian periklanan ialah komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran, barangan, perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenalpasti dan dilakukan melalui pelbagai media seperti surat khabar, televisyen, radio , majalah, papan tanda dan sebagainya.

Periklanan mempunyai beberapa kepentingan iaitu memberi pengenalan kepada keluaran termasuk barangan atau perkhidmatan. Perikalanan juga dapat memberi informasi kepada pengguna tentang keluaran, ciri-cirinya dan tempat jualan serta menambahkan pengguna kepada produk atau perkhidmatan. Bagi pihak penaja periklanan pula, pulangan keuntungan yang banyak merupakan kepentingan periklanan kepada mereka.



SEJARAH PERIKLANAN DI BARAT

Revolusi penting dalam dunia periklanan di barat terjadi ketika  Guttenberg menemukan mesin cetak. Mesin cetak buatan Guttenberg ini memungkinkan dan membolehkan iklan-iklan yang disampaikan melalui lembaran-lembaran cetakan. Setelah itu, perkembangan iklan semakin maju dan berkembang ketika abad ke-17, apabila Nicholas Bourne dan Thomas Archer menerbitkan surat khabar yang pertama di barat iaitu ‘The Weekly News’. Perkembangan ini semakin pesat apabila munculnya banyak surat khabar yang lain terbit di barat seperti surat khabar Tatler dan surat khabar Spectator. Produk yang diiklankan pula semakin bertambah dan bermacam ragam bermula dari minuman, buku-buku, alat permainan, ubat-ubatan, iklan pernikahan, iklan kematian dan sebagainya.

Walaupun perkembangan awal periklanan adalah di barat, tetapi perkembangan paling pesat adalah terjadi di  Negara Amerika Syarikat. Benjamin Franklin yang digelar sebagai bapa periklanan Amerika pada tahun 1729 telah menerbitkan surat khabar periklanan yang diberi nama Pennsylvania Gazette. Pada masa itu, surat khabar Pennsylavania Gazette telah menjadi surat khabar dengan jumlah pembaca yang paling besar dan jumlah pendapatan iklan yang terbesar di seluruh Amerika walaupun masih dibawah jajahan pihak Inggeris pada ketika itu.

Benjamin Franklin telah menggunakan dan memanfaatkan gambar-gambar ilustrasi untuk memperjelaskan tentang maklumat dan kekuatan daya tarikan dalam iklan-iklan yang dirancangnya. Franklin sendiri, selain daripada dikenali sebagai perintis periklanan, beliau juga merupakan penulis iklan yang menepati piawai, jurujual, penerbit, pengurus perusahaan periklanan, penerbit serta editor surat khabar.

Perusahaan periklanan yang pertama yang telah dikelolakan secara professional  adalah bermula pada tahun 1841 di mana, Volene Palmer menubuhkan sebuah agen perancangan iklan di Philadelphia.

Perkembangan pesat periklanan di Amerika dimungkinkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah industri yang tumbuh di Amerika pada saat itu lebih cenderung kepada mekanisma produksi yang menggunakan teknologi moden. Ini menyebabkan pertambahan dalam periklanan untuk mengiklankan produk mereka kepada pengguna. Faktor kedua ialah adanya capaian infrastruktur seperti jaringan kereta api, lalu lintas jalan raya dan sebaginya semakin memudahkan dan mempercepatkan capaian media periklanan seperti surat khabar sampai jauh ke kawasan pedalaman.

Iklan pertama yang menggunakan media radio telah muncul pada tahhun 1926 ketika RCA membeli jaringan radio dari AT&T , termasuk WEAF di New Jersey, dan membentuk National Broadcasting Company. Hal ini diikuti oleh pertumbuhan iklan yang pesat di media televisyen yang mula berkembang pada tahun 1948 . Televisyen mempunyai keunggulan disbanding dengan media lainnya kerana kemampuannya untuk mendemonstrasikan suatu produk. Secara umum, di awal perkembangan iklan , ada lima media yang menyediakan ruang terbesar untuk iklan iaitu surat khabar, majalah, radio, dan televisyen dan media luar ruang seperti billboard.






TOKOH-TOKOH PERIKLANAN ANTARABANGSA

Antara tokoh-tokoh periklanan antarabangsa ialah:

·         Walter Dill Scoot (1869-1955)

Beliau merupakan orang yang pertama mengaplikasikan psykologi. Beliau mengaplikasikan pyskologi dalam perniagaan dan periklanan. Beliau dilahirkan di Cooksville,Illinois dan ketika berumur 19 tahun beliau memasuki Illinois State Normal University. Kemudiannya beliau menerima PHD dalam psykologi dan pendidikan pada 1900 dari university Leipzig ,Jerman.

Pada tahun 1900, beliau telah menjawat jawatan sebagai pengajar dan pengarah makmal psykologi di Universiti Northwestern . Di sini beliau dikenali sebagai proffessor periklanan. Tidak lama selepas  beliau kembali dari Jerman, iaitu ketika beliau mengajar di university Northwestern, beliau telah didekati oleh exekutif periklanan yang mencari idea untuk menghasilkan iklan-ikalan yang lebih berkesan.

Beliau telah mengalih perhatian kepada perkara ini dan telah menghasilkan buku yang bertajuk ‘The Psychology of Advertising in Theory and Practice’ pada tahun 1903. Kemudiannya pada tahun 1908, beliau menghasilkan lagi sebuah buku tentang topic ‘The Psychology of Advertising’. Buku-buku yang dihasilkan oleh beliau amat berguna untuk periklanan yang lebih berkesan.


·         Alex Bogusky ( Co-Chairman, Crispin Porter + Bogusky)
Beliau mengungguli periklanan pada abad ke 20 dengan kempen-kempen yang bersesuaian dengan keperluan media. Jenama seperti Burger King, Old Navy dan Microsoft menggunakan khidmat beliau dalam periklanan.
·         Jeff Goodby (Goodby, Silverstein & Partners
Bekas penulis yang membawa industri periklanan tradisional kepada  industri periklanan yang lebih interaktif kepada agensinya.
·         Dan Wieden (Co-founder,Weiden + Kennedy
·         Robert Greenberg (CEO and global chief creative officer, R/GA)
·         Michael Francis ( CMO, Target Corp)
·         Robert  Saville & Mark Waites  (Co-founders/Co-Creative Directors, Mother/London)
·         Paul  Woolmington (Founding Partner, Naked Communications)
·          Greg Hahn (Executive Creative Director, BBDO)
·         Noah Brier (Head of Strategy, Barbarian Group)










TOKOH-TOKOH PERIKLANAN TEMPATAN

Antara tokoh periklanan tempatan yang dikenali ramai di Malaysia ialah:

·         Yasmin Ahmad (7 Januari 1958- 25 Julai 2009)


Beliau merupakan pengarah filem, penulis, dan penulis skrip. Beliau juga merupakan pengarah kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur. Iklan-iklan televisyen dan filem-filem beliau yang di tayangkan di Malaysia dikenali dengan sifat kelakar, dan percintaan diantara kaum yang berbeza. Banyak hasil kerja beliau yang memenangi anugerah di dalam dan luar Negara. Namun terdapat juga hasil kerja beliau yang mengundang kontroversi namun itu tidak menghalang beliau untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi dan menarik perhatian.


Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Treh, Muar Johor pada 7 Januari 1985. Beliau merupakan lepasan graduan dalam seni dan major dalam politik dan psychology dari Universiti Newcastle England. Beliau memulakan kerjayanya dalam periklanan sebagai penulis di Ogilvy &Mather dan pada taun1993, beliau berpindah kerja di Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama dengan Ali Mohammed. Beliau akhirnya menjadi eksekutif pengarah kreatif di cawangan firma di Kuala Lumpur.


Filem beliau yang pertama ialah Rabun pada tahun 2002. Beliau telah memenangi anugerah filem kanak-kanak yang terbaik melalui filem Mukhsin. Kebanyakkan iklan-iklan yang dihasilkan oleh beliau ditayangkaan di Festivel Filem Antarabangsa di Berlin, San Francisco, Singapura. Antara iklan yang dihasilkan oleh beliau ialah iklan televisyen untuk Petronas sempena dengan musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Merdeka. Selain itu, beliau menghasilkan iklan kesalamatan jalan raya untuk Petronas dan juga iklan untuk Celcom. Antara filem-filem yang beliau hasilkan ialah sepet(2004), Gubra(2006), Mukhsin(2007), Muallaf(2008), dan filem beliau ialah Talentime(2009)


Pada 23 Julai 2009, beliau mengalami strok dan dihantar ke Hospital Specialis Damansara dan menjalani pembedahan neuro. Walaubagaimanapun pada 25 Julai 2009 beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 11.25pm dan beliau dikebumikan pada keesokan harinya di Tanah Perkuburan USJ 22 Subang Jaya, Selangor.
.
.







PENUTUP

Periklanan telah bermula sejak berabad-abad lamanya iaitu dengan kemunculan mesin cetak yang pertama dan berkembang dengan penghasilan surat khabar dan kemudiannya berkembang melalui periklanan di radio dan televisyen. Kualiti periklanan semakin menigkat dengan teknologi-teknologi baru yang dihasilkan dan menigkatkan keuntungan kepada banyak pihak.
Walaubagaimanapun cara pengiklanan berkembang namun tujuan, matlamat dan kepentingan periklanan tetap sama dan tidak berubah sejak dari dulu lagi. Periklanan dianggap sebagai apa juga bentuk pengumumam awam yang berbayar yang bertujuan untuk membantu jualan barangan atau perkhidmatan secara langsung atau tidak langsung. 

No comments:

Post a Comment